Malahan
ia sangat dituntut kerana dari rezeki inilah kita dapat melakukan
ibadat dan mengagihkan rezeki bersama keluarga dan orang yang
memerlukan.
Kami
jelaskan bab ini secara ringkas supaya persoalan halal dan haram,
kedudukan Power Gold sebagai MLM patuh syariah dapat difahami dengan
mudah.
Saya percaya, bisnes perlu dibina atas keyakinan, bukan keraguan.
Huraian ini berdasarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah yang dikeluarkan pada Jun 2011 dan digunapakai sehingga sekarang.
1. YURAN
JAKIM mensyaratkan:
(a)
Yuran yang ditetapkan, hendaklah pada kadar minimum meliputi kos
pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu
kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika
syarikat.
(b)
Melalui pendaftaran, peserta secara automatik telah menjadi ahli atau
pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung.
(c)
Yuran keahlian hendaklah tidak menjurus kepada menjadi sumber bayaran
kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid.
(d) Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan pertukaran barang atau perkhidmatan adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi'ah, iaitu meletakkan sejumlah wang tunai (yuran penyertaan) dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh.
Yuran Power Gold merangkumi:
(a) Yuran sangat minimum untuk seumur hidup. bukan kutipan bulanan.
(b) Pendaftaran sebagai agen atau stokis syarikat.
(c) Yuran keahlian merangkumi pendaftaran, laman web pemasaran, emas, pengedaran dan lain-lain. Bukan untuk tujuan perekrutan ahli.
(c) Imbalan emas fizikal. 0.5 gram untuk pakej Gold, 1 gram untuk pakej Solid Gold dan 2 dinar untuk pakej Super Power Gold.
Syarat
ini jelas dipatuhi oleh Power Gold dengan meletakkan yuran
keahliannya dalam 4 pakej utama seperti diterangkan sebelum ini.
PAKEJ: RM380 | RM450 | RM3800 / RM 4500
2. TUJUAN MENJADI PESERTA
JAKIM mensyaratkan:
Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak:
(i)
membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan
atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan
insentif yang telah ditetapkan; dan/atau
(ii)
menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau
perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan
menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
Power Gold:
Memenuhi
syarat ini dengan memberi peluang kepada ahlinya untuk membeli emas
yang dikeluarkan dengan lebih murah pada harga kilang sebagai
keistimewaannya.
Ahli
juga menikmati insentif dan komisyen yang diberikan oleh syarikat
apabila mereka bertindak sebagai pengedar atau agen aktif dalam
berkongsi keistimewaan simpanan dan urusniaga emas bersama masyarakat.
3. AKAD
JAKIM mensyaratkan:
(a) Akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta.
(b) Dengan tidak menafikan kemungkinan penggunaan akad-akad yang lain.
Pada asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-Ju`alah.
(i) Al-Ju`alah
Akad
yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya
menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang
yang berjanji iatu al-ja’il.
Akad ini bersifat result-oriented (berorientasikan natijah) dan bukannya effort-oriented (berorientasikan usaha).
Upah
hanya wajib diberi oleh al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang
melakukan kerja iaitu al-’amil apabila natijahnya berjaya
direalisasikan dan bukan atas usaha dan tenaga.
Sebagai
contoh, katakan Encik A berkata kepada Cikgu B:"Kalau cikgu berjaya
mengajar anak saya C sehingga dia boleh membaca, saya bayar cikgu
RM500".
Cikgu
B berusaha mengajar C tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Kesannya,
Cikgu B tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah
menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik A.
Kerana
di sini syarat yang ditetapkan oleh Encik A dan dipersetujui oleh
Cikgu B menyebabkan akad menjadi berorientasikan hasil (al-Ju'alah).
Berbeza halnya sekiranya Encik A berkata kepada Cikgu B:
"Cikgu B tolong ajar anak saya C membaca empat jam seminggu selama sebulan. Saya bayar kepada Cikgu B RM500."
Di
sini, sama ada C selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu B
telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik A,
C, membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu B berhak mendapat RM500
yang dijanjikan kerana di sini akad berorientasikan usaha dan masa.
Akad al-Ju’alah
umumnya adalah akad yang tidak mengikat kedua-dua pihak dan didapati
praktikal dengan amalan MLM di mana peserta bukan pekerja kepada
syarikat dan syarikat pula bukan majikan kepada pekerja.
(ii) Hibah
Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan oleh syarak oleh syarikat kepada peserta.
(iii) Al-Bay’ (jual beli)
Akad
jual beli yang berlaku antara syarikat dan peserta atau antara
syarikat dan pengguna akhir atau antara peserta dan pengguna akhir.
MLM POWER GOLD:
Power Gold menjadi al-ja’il atau orang yang membuat janji melalui akad al-ju’alah sementara peserta pula menjadi al-’amil atau pelaksana dengan memenuhi syarat-syarat upah yang ditetapkan syarikat.
Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines, tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah.
Power
Gold memberikan pemberian secara sukarela melalui Reward Point I, II
dan III (rujuk jadual bonus) kepada semua ahli secara berperingkat
sebagai perkongsian keuntungan.
Akad
jual beli pula digunakan untuk semua transaksi jual beli emas
fizikalnya dalam satu masa. Produk akan dipos oleh syarikat atau
diberikan secara Cash-on-Delivery (COD) oleh agen yang memegang stok emas.
4. KONTRAK BERTERASKAN SALING MEREDHAI
JAKIM mensyaratkan:
(a) Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling meredhai semasa memeterai akad. Ia merupakan syarat sah akad.
(b)
Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling meredhai berlaku
apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas
daripada tekanan atau paksaan.
Justeru,
transaksi jualan langsung hendaklah berpaksikan kepada prinsip
redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan
eksploitasi.
POWER GOLD:
Jelas
diterangkan bahawa sistem bisnes Power Gold adalah mematuhi syarat
ini kerana setiap ahli, bebas untuk membuat simpanan jika tidak mahu
berbisnes.
Manakala untuk mereka yang ingin berbisnes, peluang trading dan networking disediakan dengan insentif yang pelbagai.
TIADA PAKSAAN.
5. KEISTIMEWAAN PESERTA
JAKIM mensyaratkan:
Setiap peserta syarikat jualan langsung layak menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan berikut:
(i)
Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat
baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan
tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al-hibah (janji untuk memberi hibah).
(ii)
Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap
pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di
bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al-ju’alah.
(iii)
Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu
entiti perniagaan berasingan di bawah syarikat jualan langsung
(independent business owner).
POWER GOLD:
Saya
kira sangat jelas jika dilihat pada carta bonus dan keistimewaan ahli
bagi setiap pakej, ahli mendapat semua keistimewaan yang ditawarkan.
(i) Ahli mendapat potongan harga emas RM20/gram. Stokis mendapat potongan lebih banyak.
(ii) Ahli yang aktif berniaga dan membina rangkaian bisnes sendiri akan mendapat komisyen dan bonus yang ditetapkan.
(iii)
Ahli adalah automatik menjadi pengedar bebas syarikat. Tidak terikat
dengan kontrak dan boleh berhenti pada bila-bila masa.
6. KRITERIA PRODUK
JAKIM mensyaratkan:
(a)
Produk yang dikeluarkan hendaklah terdiri daripada barang dan
perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak.
(b)
Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan selamat
digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa
produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna
sasaran.
(c)
Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi
mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat
jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan
terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera
semata-mata.
(d)
Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak
yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.
POWER GOLD:
(a) Produk utama dan satu-satunya produknya adalah emas.
(b) Emas adalah logam bernilai dan paling bermanfaat untuk manusia dan sentiasa diminati.
(c)
Setiap transaksi jual beli adalah beli emas dapat emas. Bukan
lainnya. Ia juga bukan topeng malahan ia adalah urusniaga hakiki.
Untuk syarat (d) elok saya jelaskan lebih panjang berdasarkan jawapan majlis fatwa juga.
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah
membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
Syarat Pertama: Taqabudh
Taqabudh
(penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli
iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana
sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada ‘majlis akad.’
Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a) Pembayaran secara tunai
b) Pembayaran secara cek yang diperakui
c) Pembayaran secara cek peribadi
d) Pembayaran secara kad debit
e) Pembayaran secara kad kredit
f) Pemindahan wang daripada akaun simpanan/semasa.
Kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual.
Majlis
akad boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal ataupun secara
maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui
telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain.
Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika 'majlis akad'.
Syarat Kedua: Secara Lani
Transaksi
jual beli emas hendaklah berlaku secara lani (segera). Tidak boleh
ada sebarang unsur penangguhan, sama ada dalam penyerahan harga atau
dalam penyerahan emas.
Penangguhan
penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian
secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran
ansuran.
Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Jadi
saya kira jelas bahawa urusan jual beli emas Power Gold ini
berdasarkan kepada 2 syarat ini dengan tepat hingga tidak memungkin
terjadinya riba.
Ini
kerana pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada
penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya.
Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual.
Perlu diberi perhatian, selagi barang/emas belum tiba kepada pembelinya:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii.
Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik
penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai
amanah oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual. Ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv.
Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang
dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun,
jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah
dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli.
7. HARGA PRODUK
JAKIM mensyaratkan:
(a)
Harga produk yang ditawarkan hendaklah munasabah, berpatutan, tidak
melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan
perkhidmatan.
(b)
Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada
harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang
disediakan.
POWER GOLD:
(a) Produk berasaskan emas Power Gold jauh lebih murah dari harga emas pasaran. Ini kerana semua dijual pada harga kilang.
Ini
menjadikan emas Power Gold lebih istimewa dan peluang bisnesnya juga
lebih lumayan. Tiada unsur peningkatan harga apalagi harga melampau
dalam permasalahan ini.
(b)
Produk berasaskan emas tidak pernah dimakan zaman. Malahan ia adalah
produk paling diminati dan semakin tinggi nilainya setiap zaman.
8. PEMBERIAN INSENTIF
JAKIM mensyaratkan:
(a)
Pemberian insentif boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi
yang lain yang diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas
sumbangan syarikat.
(b) Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah berdasarkan prinsip al-jua`lah atau hibah.
(c)
Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah
berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan
berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata.
(d) Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline berdasarkan akad al-ju'alah
iaitu pihak-pihak yang bersepakat dalam melaksanakan sesuatu kerja
(al-mushtarikun fi al-a`mal) dan syarikat sebagai pihak yang menjanjikan
upah (al-ja'il).
(e)
Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan
dan natijah dan hasil yang perlu dicapai oleh peserta bagi
melayakkannya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan
mengisytiharkan syarat-syarat tersebut.
(f) Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif.
(g)
Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang
kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen,
bonus atau faedah ekonomi lain.
Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game.
POWER GOLD:
Melihat kepada jadual bonus dan intensif sebelumnya, semua syarat ini berjaya dipenuhi tanpa sebarang kecacatan.
Bukti
keadilan sistem Power Gold juga terbukti apabila ramai downlines
berjaya mendapatkan income lebih banyak daripada uplines hasil dari
usaha jual beli (trading) dan pembinaan rangkaian mereka (network).
RUMUSAN: Secara asasnnya sistem Power Gold telah memenuhi status patuh syariah yang telah digariskan oleh JAKIM.
✅Kita ada PRODUK yang JELAS.
✅Kita TAK BUAT jualan emas secara TANGGUH.
✅Kita TAK BUAT PELABURAN EMAS.
✅Syarikat pun TAK ADA JANJIKAN DIVIDEN @ KEUNTUNGAN SETIAP BULAN.
✅Memang BUKAN Skim Piramid @ Skim Cepat Kaya @ Skim 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
��Kita ada BONUS JELAS MENGIKUT USAHA. Tak usaha tak dapat! Setiap item bonus ada diterangkan secara jelas-jelas.
��Memang TIADA keuntungan ATAS ANGIN.
✅Harga barang yang dijual tidak terlalu mahal (antara syarat MLM patuh syariah).. Malah di Powergold boleh dapat emas lagi murah.
��Ada lagi beberapa syarat MLM patuh syariah yang lain. Boleh kaji sendiri sebelum kita nak judge orang @ sesuatu.
��Kalau JAKIM & Ustaz Zaharuddin pun dah keluarkan garis panduan MLM yang patuh syariah, kenapa kita nak skeptikal pada MLM? Kalau ya pun MLM.
��Sekali lagi saya tekankan konsep POWERGOLD 3 in 1
��Saving��
��Trading��
��Networking��
��TAK ADA PAKSAAN untuk buat bisnes @ networking.
��Oh ya satu lagi nak bagitau, Powergold ni tak wajib maintain belian emas setiap bulan (ada duit lebih, beli emas. Tak ada, tak payah). Tiada minimum purchase setiap bulan. Ni pun antara syarat MLM patuh syariah. Tak ada bebanan langsung untuk ahli.
Jadi, kita pun boleh fikir..
��Bonus networking dibayar oleh syarikat atas dasar kita memperkenalkan Powergold ni pada org lain.. Sebab kita USAHA. Itu sahaja.
��Kalau kata takut sgt dengan MLM.. Jadi ahli untuk simpan sendiri je, okey?�� Ataupun buat TRADING... Memang tiada kaitan dengan Marketing Plan.. Tak payah tahu Marketing Plan pun takpa.��
��Kalau kata ada kwn² nak register dengan kita @ nak jadi ahli juga.. Boleh pass pada orang lain yang dah jd ahli. TAK ADA PAKSAAN. Memang takdak kena cari orang ka apa..
Saya pun tak cari org TAPI orang cari saya ��
Jadi, saya dah jelaskan. Selebihnya terpulang kepada TINDAKAN SENDIRI
No comments:
Post a Comment