'MENGAPA SAYA PERLU BAYAR YURAN KEAHLIAN BAGI MENYERTAI POWERGOLD DOT BIZ?'.

Kalau nak beli emas kat kedai emas pun tak payah bayar yuran kan. Tapi nak beli emas dengan Powergold kena bayar yuran. Kenapa perlunya yuran tu?

Untuk pengetahuan anda, yuran yang dikenakan untuk menjadi AHLI atau AGEN atau STOKIS bagi Powergold Dot Biz HANYA perlu dibayar SEKALI BAGI SEUMUR HIDUP. Dengan kata lain, anda menjadi ahli SEUMUR HIDUP ANDA.

Sebab utamanya ialah syarikat menyediakan PERKHIDMATAN. Oleh itu, syarikat berhak mengenakan yuran. Keputusan untuk menyertai Powergold kuasanya dalam tangan anda sendiri. Macam iklan Celcom dulu-dulu, 'POWER IS IN YOUR HAND'. Betul ke iklan celcom cakap macam tu. Kalau salah tolong betulkan ye.

Anda boleh menyertainya apabila anda rasakan ianya berbaloi dan bertepatan dengan OBJEKTIF anda yang sebenarnya. Orang kata NAWAITU itu penting. Anda juga BERSETUJU dengan yuran berkenaan dan TIADA PAKSAAN.

ANTARA PERKHIDMATAN YANG SYARIKAT SEDIAKAN.

✨Jual beli emas pada harga Agen atau Stokis
Setelah daftar sebagai ahli, secara automatiknya anda berhak untuk berjual beli emas pada harga ahli yang telah ditetapkan oleh syarikat. Anda boleh bandingkan sendiri harga pasaran emas di kedai-kedai emas dan harga ahli bagi agen/ahli Powergold. Anda berhak tentukan mana yang baik dan menguntungkan bagi hidup anda.

✨Syarikat sediakan laman web katalog produk, jadi anda tak perlu bersusah payah ambil gambar produk.

Katalog ini adalah untuk produk barang kemas 916. Jika anda seorang yang suka berniaga barang kemas, anda buka web dan tunjukkan barang kemas yang ada kepada bakal pelanggan anda. Anda tak perlulah nak bersusah payah ambil gambar atau bawa buku katalog ke mana-mana. Cukup sekadar 'smartphone' di tangan, anda sudah boleh jadi tauke kedai emas. Susah ke senang. Berbaloi ke tidak dengan yuran yang dikenakan. Yang pasti katalog web ini dikemaskini setiap hari. Tapi bukan anda yang perlu buat semua tu. Itu semua kerja staf-staf syarikat yang dikhususkan tugasnya berbuat begitu.

✨Syarikat sentiasa mengeluarkan produk dengan rekabentuk terkini untuk melariskan jualan anda
Anda tak perlu pun nak buat reka bentuk produk. Bukan kepakaran anda pun. Kalu anda atau pelanggan anda minat untuk beli cepat-cepatlah LOCK. Kalau tak ada, tunggu esok, lusa atau bila-bila yang tiba-tiba ada 'design' yang anda atau pelanggan anda minat. Belilah cepat2. Kalau lambat melepas lah pulak.

✨Anda tidak perlu simpan stok, hanya ambil order dan buat bayaran.

Selepas itu syarikat yang uruskan penghantaran, maka syarikat perlu gajikan staf2 buat anda, sewa pejabat, bayar 'maintenance server website' dan lain-lain kos operasi syarikat. Senang cakap konsep DROPSHIP.

✨Seminar dan latihan bagi menjamin kejayaan usahawan-usahawan Powergold, 50% kos di tanggung oleh syarikat.
Mana tahu mula-mula sekadar nak menyimpan tapi tengok kawan-kawan lain mencanak ke atas. Tentu rasa tercabar kan. Jadi anda boleh sertai seminar dan latihan yang disedikan untuk memantapkan kefahaman tentang konsep syarikat menjalankan urusan.

✨Dapat web promosi untuk rekrut ahli baru
Anda tak perlu nak susah-susah keluarkan modal buat laman web sendiri. Semua ini syarikat yang uruskan. Selebihnya atas inisiatif anda sendiri, usaha anda sendiri untuk memajukan diri apabila terlibat dalam perniagaan ini.

Kesimpulannya, adakah anda rugi mengeluarkan modal untuk menjadi ahli dan mendapatkan faedah-faedah di atas. Apa perniagaan yang mampu anda mulakan dengan MODAL yang anda berikan untuk menjadi ahli?

No comments:

Post a Comment